Ketua Pengarah, Timbalan KP JAS direman di Mahkamah Putrajaya esok

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendapatkan permohonan reman ke atas dua pegawai tertinggi Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang ditahan hari ini, di Mahkamah Putrajaya esok.

Kedua-dua mereka iaitu Ketua Pengarah dan Timbalannya itu ditahan mengikut Akta SPRM 2009 kerana disyaki terbabit rasuah berkaitan pengurusan sisa elektronik (e-waste) yang sedang disiasat suruhanjaya itu sejak minggu lalu.

Kedua-dua pegawai kanan ini merupakan pegawai awam tertinggi terbaharu yang ditahan SPRM awal tahun ini, lapor BH.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan kedua-dua mereka pada jam 6.30 petang ini selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat Putrajaya.

Media sebelum ini melaporkan, SPRM memperhebatkan siasatan terhadap kegiatan pengimportan e-waste secara haram selepas risikan mendedahkan antara 2,000 hingga 3,000 kontena telah diseludup masuk melalui pelabuhan utama.

Hasil risikan terbaru turut mendedahkan warga asing disyaki menjadi dalang pengimportan e-waste, plastik dan kertas secara haram untuk tujuan kitar semula, termasuk pihak berkuasa yang dipercayai bersubahat, sekali gus berkait kes pencemaran berterusan.

Isnin lalu, sebanyak 16 akaun bank dibekukan membabitkan kira-kira RM10.2 juta, manakala wang tunai bernilai RM87,000 dan barang kes bernilai kira-kira RM220,000 turut disita, susulan siasatan dakwaan rasuah dalam pemprosesan e-waste, pembuangan sisa efluen serta buangan berjadual melalui Op Nature.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img