Khianat guna api, wanita diberkas polis

SEORANG wanita ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kejadian khianat menggunakan api hingga menyebabkan sebuah rumah di Jalan Permai, Taman Sri Permai, Kluang terbakar awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi apabila pengadu terdengar bunyi seperti objek dibaling ke dalam kawasan rumahnya.

“Hasil pemeriksaan mendapati pekarangan rumah dan kereta yang diletakkan di garaj rumah terbakar.

“Sekeping kertas berbaur ugutan turut ditemui di lokasi kejadian. Susulan laporan yang diterima, polis menahan seorang wanita berusia 46 tahun di Bandar Seri Alam, Masai, pada jam 3 pagi semalam,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing terhadapnya juga negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

“Suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 12 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau terus ke IPD Kluang di talian 07-7784222, 07-7784256 (direct line), 07-7766822 (hotline) atau Tablet DCC di talian 014-3656822.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img