KPDN P. Pinang sahkan individu isi RON95 dalam tong plastik miliki permit sah

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesahkan individu tular selepas mengisi RON95 dalam tong plastik di Jalan Tengah, Bayan Lepas, Pulau Pinang memiliki permit sah.

Pengarahnya Jegan R Subramaniam berkata, susulan aduan itu, KPDN Pulau Pinang telah menghantar sepasukan pegawai penguat kuasa ke lokasi untuk menjalankan siasatan dan mendapatkan maklumat lanjut.

“Semakan mendapati individu terbabit adalah seorang nelayan yang mempunyai permit sah bagi pembelian bahan api.

“Permit dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang berkuat kuasa dan tertakluk kepada had kuota ditetapkan.

“Sehubungan itu, aktiviti pembelian minyak oleh individu tersebut mematuhi peraturan dan tidak melibatkan sebarang kesalahan,” katanya memetik laporan FMT.

Beliau turut menjelaskan pembelian bahan api melebihi 20 liter ke dalam tong memerlukan permit khas barang kawalan berjadual, yang lazimnya diberikan untuk kegunaan seperti operasi pertanian dan perikanan.

“Orang ramai diingatkan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh menimbulkan kekeliruan.

“KPDN akan terus komited memastikan pematuhan undang-undang serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img