Krisis Asia Barat : Kerajaan pastikan rakyat dilindungi hadapi tekanan ekonomi – PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan mengenai langkah berjaga-jaga dalam pelarasan pelaksanaan dasar negara terutamanya dalam menangani kesan perang di rantau Teluk dan Asia Barat ketika Mesyuarat Pembangunan Daerah Kuantan, di Kuantan hari ini.

Melalui Facebook beliau, Perdana Menteri berkata, turut dimaklumkan ialah mengenai pertahanan dan keselamatan negara telah dipertingkatkan demi memastikan kesejahteraan kerajaan dan rakyat.

Anwar berkata, berhubung peningkatan kos sara hidup rakyat, kerajaan giat mengambil pendekatan yang segera dan tuntas dalam memastikan rakyat dilindungi dan dipelihara dalam jangka masa pendek dan juga jangka panjang dari tekanan ekonomi saat ini.

‘’Perkembangan ini terus dipantau dan ditangani oleh Kerajaan dari peringkat awal bagi memastikan dampak secara langsung kepada ekonomi negara dapat diminimakan,’’ katanya.

Mengenai Kuantan. beliau berkata,  Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri Pahang dan khususnya Daerah Kuantan hendaklah memberi fokus khusus dan utama bagi memastikan projek-projek kecil dalam Rolling Plan yang telah diluluskan di RMK13 mesti segera dilaksana dan tidak wajar ditangguh agar manfaat projek dapat terus dinikmati rakyat.

‘’Terkait dengan hal ehwal tanah dalam pelaksanaan projek, saya jamin bahawa Kerajaan Persekutuan memberikan penyelesaian yang sebaiknya kepada Kerajaan Negeri bagi terus memudahkan pelaksanaan projek yang telahpun diluluskan peruntukan agar tidak tertangguh untuk tempoh yang lama,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img