Tak sedar lampu merah, pemandu Vios rempuh dua murid perempuan

DUA murid perempuan sebuah sekolah menengah di Jalan Sentul, Kuala Lumpur dirempuh sebuah kereta Khamis lalu.

Dalam kejadian pada 11 pagi itu, dua murid berusia 14 tahun itu dilanggar Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku apabila pemandu kereta berkenaan dipercayai tidak menyedari lampu isyarat merah sebelum melanggar dua pelajar itu.

“Mangsa cedera di kaki dan sudah mendapatkan rawatan di hospital berhampiran, manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img