Lapan individu termasuk lelaki OKU ditahan kes samun RM500,000

LAPAN warga tempatan termasuk seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lumpuh separuh badan ditahan berhubung kes rompakan membabitkan wang tunai RM500,000 milik seorang warga Pakistan untuk membayar gaji pekerja.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian jam 1 tengah hari, pada 24 Februari lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian samun berlaku di kawasan parkir kenderaan berhampiran sebuah bank, di kawasan Pusat Perdagangan Pasir Gudang.

Kejadian jam 12 tengah hari apabila seorang lelaki warga Pakistan berusia 45 tahun mengeluarkan wang tunai RM500,000 dari sebuah bank dengan ditemani isterinya.

Ketika sedang menghampiri kenderaan diparkir berdekatan, mangsa didatangi dua individu tidak dikenali dengan seorang mengacukan objek menyerupai sepucuk pistol ke arah mangsa sebelum merampas dan melarikan dua beg berisi wang tunai RM500,000.

“Wang milik warga Pakistan, seorang pembekal pekerja asing sepatutnya digunakannya bagi membayar gaji.

“Polis membuat tangkapan tujuh lelaki warga tempatan dan seorang perempuan warga tempatan berusia antara 23 hingga 53 tahun di beberapa lokasi berasingan di Seri Alam dan Tampoi.

“Mereka ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian rompakan,” katanya pada sidang media di IPK Johor hari ini, lapor Berita Harian.

Suspek termasuk seorang lelaki 30 tahun yang juga ahli perniagaan, dua lelaki berusia 23 tahun dan 32 tahun (penganggur), dua lelaki (mekanik) berusia 29 dan 31 tahun.

“Lelaki OKU yang berkerusi roda serta lumpuh separuh badan pula berperanan sebagai penyalur maklumat dalaman kejadian itu.

“Semua suspek ditahan reman hingga 10 Mac depan bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam kes itu, polis merampas sebuah pikap Toyota Hilux, sebuah kereta Perodua Myvi, dua keping nombor plat kereta kenderaan yang dipalsukan, dua beg kelabu, sebuah topi, pelitup muka warna hitam dan sepasang sarung tangan warna putih.

“Jumlah keseluruhan wang tunai yang dirampas RM487,350 manakala bakinya sempat dibelanjakan oleh kumpulan suspek bagi tujuan peribadi termasuk kos penginapan.

“Enam suspek bakal dituduh esok termasuk di bawah Seksyen 399 Kanun Keseksaan, di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan, Seksyen 120b Kanun Keseksaan serta Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 iaitu memiliki senjata tiruan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img