Lapan pelajar KV digantung sekolah, serang rakan potong barisan

LAPAN pelajar sebuah kolej vokasional (KV) di Melaka digantung persekolahan kerana menyerang seorang pelajar lain selepas tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang didakwa memotong barisan ketika waktu makan di asrama kolej itu minggu lalu.

Menurut sumber, kesemua pelajar terbabit kini ditahan reman selepas laporan polis dibuat oleh bapa mangsa yang mendakwa anaknya diserang oleh sekumpulan pelajar di kawasan institusi terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, semua pelajar terbabit digantung sementara berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, siasatan kes berkenaan kini dijalankan oleh pihak polis serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Setakat ini, tiada tindakan buang sekolah dikenakan ke atas pelajar terbabit. Namun, terdapat permohonan pertukaran institusi daripada sebahagian pelajar dan perkara ini tertakluk kepada kelulusan Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV),” katanya hari ini, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, urusan disiplin yang melibatkan kolej vokasional berada di bawah bidang kuasa KPM, manakala Jabatan Pendidikan Negeri hanya berperanan memberi bimbingan dari segi prosedur.

Katanya, tindakan penggantungan sementara itu boleh dikenakan sehingga tempoh maksimum dua minggu selagi siasatan masih berlangsung.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img