Lapan sindiket ‘call centre’ penipuan dalam talian tumpas, 57 individu ditahan

POLIS Kuala Lumpur berjaya menumpaskan lapan sindiket penipuan dalam talian atau call centre yang menyasarkan mangsa dari dalam dan luar negara menerusi beberapa serbuan di sekitar ibu negara, baru-baru ini.

Seramai 57 individu terdiri daripada 52 warga asing dan lima warga tempatan ditahan dalam serbuan berasingan yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, operasi itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur dengan kerjasama di peringkat daerah dan kontinjen bermula dari 10 hingga 14 November lalu.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek merupakan pekerja sindiket dan terlibat dengan pelbagai modus operandi termasuk penipuan tawaran kerja tidak wujud serta pelaburan mata wang kripto palsu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, kesemua mereka yang ditangkap telah didakwa di mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 1208(2) Kanun Keseksaan kerana bersubahat dalam melakukan kegiatan penipuan dalam talian dan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Fadil menegaskan bahawa pihaknya akan terus mempergiat operasi secara berterusan bagi memastikan sindiket penipuan dalam talian dapat dibanteras sepenuhnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Sebarang jenayah atau pun aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polls Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img