‘’Laporan itu tidak betul’’– Anwar sangkal dakwaan Malaysia serah tanah kepada indonesia

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyangkal laporan media mendakwa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan dekat sempadan Sabah-Kalimantan.

Perdana Menteri berkata, rundingan isu pampasan tanah itu akan diadakan dalam masa terdekat.

“Laporan itu tidak betul, kita akan berunding dengan baik,” katanya ringkas selepas menghadiri Karnival Kebudayaan Madani dan Kenduri Rakyat Pulau Pinang 2026 di Pejabat Pendidikan Seberang Perai Tengah, Permatang Pasir, di Bukit Mertajam.

Baru-baru ini, media melaporkan tiga desa di Nunukan, Kalimantan Utara didakwa beralih ke Malaysia, namun pertikaian sempadan di kawasan Pulau Sebatik belum diselesaikan, sementara Indonesia dilaporkan memperoleh tambahan kawasan seluas 5,207 hektar dari Malaysia.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, berkata rundingan penandaan dan pengukuran di kawasan Isu Sempadan Tertunggak (OBP) dilaksanakan secara harmoni antara dua negara serta tidak bersandarkan prinsip timbal balik, pampasan atau untung-rugi.

Pemuktamadan pengukuran sempadan darat itu dibuat melalui pemeteraian memorandum persefahaman antara kedua-dua negara pada 18 Feb 2025 selepas melalui proses rundingan teknikal komprehensif dan telus lebih 45 tahun.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img