Larangan mutlak import e-waste berkuat kuasa hari ini – JKDM

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memaklumkan pengimportan sisa elektronik e-waste ke Malaysia diwartakan sebagai barang larangan import secara mutlak, berkuat kuasa hari ini.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Amran Ahmad, peraturan itu adalah tertakluk di bawah Jadual Pertama, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 melalui Warta Kerajaan Persekutuan, iaitu Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) (No. 3) 2026 (P.U.(A) 151/2026).

DATUK Amran Ahmad

Menurut beliau, pewartaan itu dibuat selaras dengan subseksyen 31(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235].

Katanya, langkah itu sejajar dengan keputusan yang dicapai melalui Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Hala Tuju Pengurusan Penguatkuasaan Pengimportan Sisa Plastik dan E-Waste Dalam Negara Bilangan 2 Tahun 2026.

“Ia sebagai sebahagian daripada usaha memperketat kawalan terhadap kemasukan sisa berbahaya ke dalam negara serta melindungi alam sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, katanya, JKDM akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai agensi, khususnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta agensi penguatkuasaan lain seperti Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi membanteras sebarang kegiatan membawa masuk e-waste ke negara ini.

Langkah itu tegas beliau, bagi memastikan larangan terhadap pengimportan buangan terjadual, khususnya e-waste dikuatkuasakan secara tegas dan berkesan selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Konvensyen Basel.

Malaysia menjadi negara parti kepada Konvensyen Basel pada 8 Oktober 1993 dan JAS adalah pihak berkuasa kompeten yang bertanggungjawab dalam pengurusan Konvensyen Basel di Malaysia.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img