Lelaki dakwa ditipu RM500,000 urusan sewa tanah

SEORANG lelaki tempatan kerugian RM500,000 selepas diperdaya dalam urusan sewaan tanah untuk tanaman kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa yang berusia 44 tahun sebelum itu telah berhubung dengan seorang individu daripada sebuah syarikat yang mengaku sebagai pemilik tanah berkenaan.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya bersetuju untuk menyewa tanah berkenaan dan telah membuat bayaran deposit sewaan tanah secara berperingkat bermula 30 Oktober hingga 4 November tahun lalu.

“Setelah membuat bayaran sebanyak RM500,000, mangsa mendapati tanah itu tidak pernah didaftarkan atas nama syarikat tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bahrin berkata, mangsa yang menyedari ditipu tampil membuat laporan polis hari ini dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img