Lelaki dirakam lakukan aksi tidak senonoh dalam kedai barangan kosmetik di Kuantan

SEORANG lelaki yang melakukan aksi tidak senonoh dalam sebuah kedai menjual barangan kosmetik di Kuantan, Pahang hari ini pasti tidak senang duduk apabila perbuatannya itu kini tular dalam media sosial.

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit 48 saat memaparkan tindakan tidak senonoh lelaki itu di kedai terbabit dikongsi sendiri oleh pemilik kedai menerusi akaun TikTok miliknya sebagai amaran kepada orang ramai, khususnya golongan wanita yang bekerja di premis perniagaan.

Menerusi rakaman tersebut, lelaki berkenaan dilihat berpura-pura melihat barangan di rak sebelum menghampiri kawasan kaunter yang ketika itu dijaga dua kakitangan wanita.

“Hati-hati warga Kuantan. Pemain acara Angry Bird bebas,” tulis kapsyen pada hantaran yang kini tular di aplikasi TikTok itu, lapor Sinar Harian.

Individu terbabit kemudian beredar dari kedai berkenaan, manakala para pekerja yang kesemuanya wanita dilaporkan berada dalam keadaan cemas susulan kejadian tersebut.

Pemilik kedai memaklumkan, langkah pembersihan segera telah diambil sebagai tindakan keselamatan dan kebersihan.

“Info penting! Pekerja telah pun menyamak (membersihkan) semua barangan di dalam kedai,” tulisnya di kapsyen.

Rata-rata warga maya meluahkan kebimbangan mereka, terutama bagi golongan wanita yang bekerja di premis serbaneka 24 jam dan meminta pihak berkuasa segera mengesan individu terlibat.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah memaklumkan setakat ini tiada laporan diterima berhubung kejadian tersebut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img