Lelaki ditahan ugut bunuh anak perempuan berusia dua tahun di Pasir Puteh

SEORANG  lelaki ditahan kerana dipercayai membuat ugutan bunuh terhadap anak perempuannya berusia dua tahun di jeti Jalan Pak Mayong, Tok Bali, Pasir Puteh, semalam.

Ketua Polis Pasir Puteh, Zaizul Rizal Zakaria, berkata suspek 24 tahun membawa mangsa ke tepi jeti dan dipercayai memegang serpihan botol kaca pecah, sebelum mengugut mahu membunuh anaknya.

Katanya, polis yang menerima panggilan pada 7.25 pagi Rabu berjaya menyelamatkan mangsa dan menahan suspek didapati positif methamphetamine hasil ujian air kencing.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiada kecederaan dialami mangsa, yang kemudian dirujuk ke Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh untuk pemeriksaan lanjut dan pemantauan kesihatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman hari ini.

Beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi boleh menjejaskan siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img