Lelaki maut akibat runtuhan tanah di Sabah, remaja dikhuatiri lemas mesin padi jatuh sungai di Jitra

SEORANG lelaki maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah sedalam kira-kira 3 meter ketika menjalankan kerja-kerja menggali dan menanam paip di kawasan Universiti Malaysia Sabah di sini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki berusia 22 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

“JBPM menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tanah runtuh berkenaan pada 1.45 tengah hari sebelum ke lokasi kejadian sejauh 14 kilometer,” menurut kenyataan itu, lapor Bernama.

Pihak bomba mengeluarkan mangsa dengan menggali tanah di tempat kejadian dan membawanya naik menggunakan pengusung sebelum diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bersama jentera, Polis Diraja Malaysia dan pegawai Kementerian Kesihatan berada di lokasi kejadian sebelum operasi tamat pada 2.50 petang.

DI ALOR SETAR,  Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mesin padi yang dinaikinya bersama tiga lagi rakannya terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, dekat Jitra, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan memaklumkan dua rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi diselamatkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.

“Bomba menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 3.40 petang. Dimaklumkan, sebuah mesin padi terjatuh ke dalam sungai dan terdapat empat mangsa yang terlibat iaitu seorang daripadanya dipercayai lemas.

“Kerja-kerja pencarian mangsa di permukaan sungai sedang dijalankan dan sebarang maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img