Lelaki maut dalam kemalangan libat tiga kereta di Jempol

SEORANG lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 13 Jalan Bahau–Rompin, Jempol malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar berkata kejadian berlaku 11.40 malam dan mangsa berusia 32 tahun maut akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila kereta Proton Persona dipandu lelaki berusia 39 tahun dari arah Bahau ke Rompin dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Kereta itu bergesel dengan Honda City dipandu lelaki berusia 39 tahun sebelum bertembung dengan Perodua Viva dipandu mangsa sehingga menyebabkan Proton Persona terbakar,” katanya lapor Bernama.

Norhisham berkata pemandu Proton Persona cedera ringan manakala pemandu sebuah lagi kereta tidak cedera.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan beliau meminta saksi untuk menghubungi pegawai penyiasat Insp Muhammad Fasha Haiqal Mohd Faisal menerusi talian 016-3627746.

 


 

UNDILAH

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img