Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Klang

SEORANG lelaki tempatan maut akibat ditetak selepas terlibat dalam satu pergaduhan di kawasan Taman Sentosa, Klang pada malam Selasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu melalui panggilan kecemasan MERS 999 kira-kira jam 11.10 malam.

“Mangsa berusia 34 tahun telah ditetak sehingga mengakibatkan kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan motif kejadian masih di peringkat siasatan.

Shazeli meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintenden Mohamed Syahrir Zabidi di talian 012-665 0895 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-3376 2222.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img