Lelaki maut jatuh dari jejambat berhampiran MRT Titiwangsa

SEORANG lelaki berusia 47 tahun maut selepas terjatuh dari jejambat berhampiran transit aliran massa (MRT) Titiwangsa, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Ariffin Sulaiman berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 8 pagi menerusi panggilan kecemasan MERS 999.

Menurut beliau, sepasukan polis bergegas ke lokasi dan mendapati seorang lelaki terbaring dalam keadaan mengiring ke kiri di bawah jejambat berkenaan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala sebelah kiri, luka pada ibu jari kanan serta kecederaan pada lengan kiri,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut Sazalee, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah atau kecederaan lain yang mencurigakan dikesan setakat ini.

Katanya, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img