Lelaki memandu secara berbahaya rupa-rupanya di bawah pengaruh dadah

BUKAN mabuk, sebaliknya seorang lelaki dalam video tular memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) secara berbahaya di Lebuhraya Sungai Besi di ibu negara semalam, disahkan positif mengambil tiga jenis dadah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, suspek berusia 32 tahun itu didapati positif dadah jenis ketamin, amphetamine dan methamphetamine.

“Pemeriksaan polis menerusi ujian pernafasan terhadap suspek adalah 0mg/100ml (negatif), manakala ujian air kencing mendapati pemandu itu positif tiga jenis dadah.

“Dia kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis hari ini mengesahkan lelaki berkenaan tampil menyerah diri di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur sekitar jam 10.30 pagi.

Menurut Mohd Zamzuri, lelaki itu hadir susulan video tular memaparkan sebuah Range Rover Velar dipandu dengan tayar belakang kanan pecah dan hancur sehingga kenderaan bergerak dalam keadaan tidak stabil.

Beliau berkata, lelaki itu turut mendakwa tayar kenderaan pecah selepas melanggar lubang dan meneruskan pemanduan kerana kediamannya terletak berhampiran lokasi kejadian.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img