Lelaki meninggal dunia terjatuh dari pokok petai di Baling

SEORANG  lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari pokok petai di sebuah kebun di Kampung Bukit Hijau, Kupang Baling hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.22 tengah hari tadi dengan lelaki berusia 34 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di atas tanah berhampiran sebatang pokok petai di kebun berkenaan yang dimiliki bapa saudara mangsa.

“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian. Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa yang dipercayai terjatuh semasa mengait petai di situ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Baling untuk bedah siasat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img