Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun, perginya arkitek pemodenan pengangkutan negara

BEKAS Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahuh di kediaman mendiang di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

 Berita pemergian mendiang yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan itu turut dikongsi oleh Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Annuar Musa melalui Facebook beliau.

‘’Tun Ling Liong Sik adalah senior saya di Royal Military College, Rakan Sejawat dalam Kabinet Tun Dr Mahathir dan merupakan jiran saya di Bukit Damansara. Pemergian mendiang Tun adalah satu kehilangan besar buat negara.

‘’Saya sekeluarga sudah tentu amat terasa kehilangan seorang sahabat dan jiran terdekat.. Semoga Toh Puan dan keluarga tabah menghadapi saat yang paling sedih ini. Takziah dari kami sekeluarga,’’ catat Annuar.

 Mendiang dikenali sebagai arkitek pemodenan pengangkutan negara dan pejuang pendidikan masyarakat Cina.   turut menjadi Presiden MCA paling lama iaitu selama 17 tahun dari tahun 1986 hingga 2003.

Dilahirkan pada 18 September 1943 di Kuala Kangsar, Perak, mendiang mendapat pendidikan awal di Sekolah King Edward VII, Taiping sebelum terpilih ke Maktab Tentera Diraja (RMC). 

Mendiang kemudiannya melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Singapura dan ditauliahkan sebagai doktor perubatan (MBBS) pada tahun 1966. Langkah sulung mendiang dalam politik bermula pada tahun 1968 apabila menyertai MCA. 

Antara pencapaian penting mendiang  ialah merupakan menteri yang paling lama menerajui Kementerian Pengangkutan, di mana mendiang memantau projek besar seperti pembangunan Pelabuhan Klang dan KLIA.

Detik politik menarik mendiang ialah pernah memegang jawatan Pemangku Perdana Menteri selama 12 hari (4–16 Februari 1988) ekoran krisis dalaman UMNO ketika itu yang menyebabkan parti tersebut diharamkan buat sementara waktu.

Apabila UMNO sebagai parti teras Barisan Nasional diharamkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyerahkan jawatan Pengerusi Barisan Nasional kepada mendiang  memandangkan Dr. Mahathir tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa ketika. 

Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, yang memangku jawatan Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah mendiang Liong Sik.Bagaimanapun tidak berlaku pelantikan watikah secara rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong.

 Sebelum dilantik sebagai menteri penuh, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Timbalan Menteri Kewangan, dan Timbalan Menteri Pelajaran.

Mendiang memainkan peranan utama dalam pembangunan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) dan penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) pada tahun 2002.

Selepas bersara daripada politik pada Mei 2003, mendiang dianugerahkan gelaran Tun oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2004 sebagai menghargai sumbangan baktinya kepada negara.  



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img