SEORANG pekerja sebuah gerai makan cedera di pinggang selepas terjatuh ke dalam lubang benam sedalam tiga meter dalam kejadian di Apartmen Sri Meranti, Ara Damansara, Petaling Jaya, petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.16 petang dan jentera bomba tiba di lokasi jam 6.48 petang.
Menurutnya, seramai lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba mendapati terdapat mendapan tanah di mana seorang lelaki berusia 50-an berjaya dibawa keluar anggota pada jam 6.54 petang.
Pekerja berusia 50-an itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.


