SEBUAH lubang benam terbentuk di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini sehingga menyebabkan laluan berkenaan ditutup sementara.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan Jabatan Kerja Raya (JKR) digerakkan ke lokasi untuk melaksanakan kerja mitigasi kecemasan.
“Ia bagi memastikan keselamatan para pengguna jalan raya dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, lapor Bernama.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika melalui kawasan terbabit serta mematuhi arahan anggota bertugas bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Terdahulu, tular di media sosial menunjukkan sebuah lubang benam berhampiran persimpangan jalan, sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap risiko keselamatan di kawasan berkenaan.
UNDILAH |



