MALBATT 850-13 siap siaga hadapi sebarang kemungkinan

PASUKAN MALBATT 850-13 sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan berwaspada bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang melaksanakan misi pengaman di kawasan tanggungjawab.

Melalui kenyataan dalam Facebook , MALBATT 850-13 berkata, sebagai pasukan yang diamanahkan di bawah panji United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), tahap kesiapsiagaan anggota sentiasa dipertingkatkan melalui pelbagai persiapan yang merangkumi aspek keselamatan, kesiagaan operasi, logistik serta koordinasi bersama pihak berkepentingan.

‘’Setiap anggota dilatih untuk bertindak secara profesional dan berdisiplin dalam apa jua situasi, selaras dengan prinsip operasi pengaman yang menekankan kawalan diri, kesiapsiagaan tinggi serta keupayaan bertindak balas secara pantas dan berkesan.

‘’Persiapan ini bukan sahaja melibatkan aspek taktikal, malah turut merangkumi kesiapan mental, fizikal dan kerohanian anggota dalam menghadapi cabaran di medan misi,’’ kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, pendekatan tersebut  mencerminkan komitmen MALBATT 850-13 dalam memastikan keselamatan anggota, melindungi komuniti setempat serta mengekalkan kestabilan di kawasan operasi.

‘’Pada masa yang sama, semangat setiakawan, profesionalisme dan disiplin tinggi terus menjadi tunjang kekuatan pasukan,’’ kata kenyataan berkenaan.

MALBATT 850-13 juga memaklumkan, persiapan kesiagaan yang mencakupi perkara Gerakan, Tadbir dan Logistik (G, A & Q) ini dilaksanakan secara berkala oleh Timbalan Komander MALBATT 850-13, Lt Kol Zain Azrai Karia, Pegawai Staf 1 Gerak MALBATT 850-13, Lt Kol Mohd Farid Ahmad, Pegawai Staf 1 Latih MALBATT 850-13, Kdr Rusmanizam Ismail (TLDM)  dan Pegawai Staf 1 Logistik MALBATT 850-13, Lt Kol Mohd Suhaimi Abdul Samat.

‘’Matlamat utama persiapan bagi memastikan semua warga MALBATT 850-13 sentiasa patuh dan faham tindakan yang perlu dilaksanakan bagi mengadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Selain itu, persiapan ini turut mengenalpasti kelemahan dan kemampuan untuk bertahan secara langsung menyokong pelan kontingensi MALBATT 850-13,’’ kata kenyataan itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img