Budak 4 tahun maut dilanggar Alza ketika kayuh basikal

SEORANG Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika menunggang basikal berhampiran Surau Pak Mahat, Perumahan Rakyat Pak Mahat, Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, mangsa, Muhammad Zulfan Adwa Mohd Zulkifli yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Katanya, berdasarkan laporan, kemalangan itu membabitkan Perodua Alza dipandu lelaki berusia 32 tahun dan basikal yang ditunggang kanak-kanak itu pada jam 6.30 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati MPV itu dari arah kawasan Perumahan Rakyat Pak Mahat menuju ke Jalan Tanjung Lumpur.

“Apabila tiba di tempat kejadian, ketika kenderaan itu membelok ke kiri, secara tiba-tiba tanpa disedari pemandu itu melanggar mangsa yang sedang menunggang basikal di tengah jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke HTAA untuk menerima rawatan lanjut,” katanya, lapor Harian Metro Online.

Bagaimanapun, beliau berkata, ketika menerima rawatan di PICU HTAA, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.24 pagi tadi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img