Mayat bayi perempuan dibalut telekung ditinggal dalam tandas awam di Melaka

MAYAT seorang bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat ditemukan dalam tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka hari ini.

Penemuan tersebut menggemparkan orang awam sebelum pihak berkuasa dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

Mayat bayi berkenaan dipercayai diletakkan bersebelahan sinki dan dibungkus dengan kain telekung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, menerusi perkongsian di Facebook meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap kejadian berkenaan.

Menurut beliau, insiden itu amat menyedihkan lebih-lebih lagi berlaku pada pagi Jumaat.

“Cukup sifat dan masih bertali pusat. Memang s***lah siapa punya pekerjaan ni. Bikin angin pagi-pagi Jumaat. Maklumat lanjut korang baca kat portal online jerlah,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak polis berhubung butiran lanjut kejadian dan siasatan masih dijalankan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img