Mayat dalam kenderaan: Polis sahkan terima laporan kes tembak

POLIS Selangor mengesahkan telah menerima maklumat berhubung satu kejadian tembak di kawasan Taman Mesra Indah di Klang Selatan malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.35 malam tadi.

“Kes ini disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih di peringkat siasatan.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintenden Mohd Harman Mohd Haniff di talian 019-210 0334 atau Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-33762222,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditemukan maut dalam sebuah sebuah kenderaan pacuan empat roda oleh orang awam dipercayai ditembak di Taman Mesra Indah, Klang malam tadi.

Dalam beberapa klip video berkaitan kes terbabit yang tular di media sosial, lelaki berkenaan ditemukan di bahagian tempat duduk kenderaan berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img