Mayat lelaki dipercayai warga asing ditemukan terapung di sungai

MAYAT seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan terapung di sungai berhampiran Jambatan Jalan Titi Timbul di Nibong Tebal pagi ini.

Berdasarkan maklumat polis, mayat itu dipercayai warga asing dan disyaki terjatuh dari jambatan berdekatan, namun identiti sebenar si mati belum dikenal pasti.

ANGGOTA bomba dan penyelamat membawa naik mayat seorang lelaki dipercayai warga asing yang tidak dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di Jambatan Titi Timbul, Nibong Tebal, pagi ini. GAMBAR: JBPM Pulau Pinang

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 9.23 pagi bagi membantu polis mengeluarkan mayat berkenaan.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal tiba di lokasi kejadian pada jam 9.28 pagi dan mendapati terdapat satu mayat lelaki terapung di dalam sungai.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian menjalankan kerja-kerja mengangkat mayat tersebut sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut John Sagun, operasi membawa naik mayat itu selesai  kira-kira jam 10.42 pagi dan mayat si mati diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img