MAYAT seorang lelaki ditemukan terapung di Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Tendong di Pasir Mas hari ini.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Farid Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.33 pagi mengenai penemuan mayat itu.
“Sebaik sahaja tiba di lokasi, pasukan penyelamat mendapati mayat lelaki berusia lingkungan 30-an masih terapung di sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Farid, mayat lelaki itu kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pengesahan sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.
Katanya, seramai enam anggota termasuk pegawai telah terlibat dalam operasi tersebut.


