Mayat dalam Grand Livina disahkan wanita hilang Sabtu lalu

POLIS mengesahkan mayat yang ditemui dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) di kawasan parkir bertingkat di sebuah pusat beli belah di Kuching adalah wanita yang dilaporkan hilang di Tabuan Jaya.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Anak Chabu berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam terdapat seorang wanita tidak sedarkan diri dalam kenderaan pada Rabu.

“Sepasukan polis telah tiba di lokasi untuk mengesahkan aduan tersebut dan mendapati seorang wanita dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu hadapan.

“Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya telah dihubungi bagi membantu membuka pintu kenderaan tersebut kerana terkunci dari dalam. Wanita tersebut kemudian telah disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan dari hospital,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak bagi tujuan bedah siasat.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes ini telah dijalankan di bawah laporan mati mengejut.

“Sehubungan itu, polis menyeru agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” katanya.

Sebelum itu, satu kenyataan media memaklumkan kehilangan wanita dikenali sebagai Marianna, 24, yang sebelum itu dikatakan keluar dari rumahnya di Tabuan Laru pada Sabtu lalu dengan menggunakan MPV Nissan Grand Livina.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img