MCMC siasat 17 individu berkait maklumat palsu bahan api, tarif elektrik

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap 17 individu yang disyaki telah menyebarkan maklumat berunsur palsu mengenai kenaikan harga bahan api dan tarif baharu elektrik yang tular di platform media sosial.

Menurut kenyataan suruhanjaya itu, sehingga hari ini, sebanyak lapan rakaman percakapan suspek yang terlibat telahpun selesai, termasuk lima kes hantaran berunsur palsu berkaitan isu kenaikan harga bahan api.

PEGAWAI MCMC merakam percakapan salah seorang individu yang disiasat berhubung hantaran berunsur palsu berkaitan kenaikan harga bahan api dan tarif elektrik, semalam. GAMBAR: MCMC

Katanya, daripada lima kes tersebut, tiga suspek telah dirakam percakapan sebelum ini dan semalam baki dua lagi telah selesai dirakam percakapan.

“Sementara itu, terdapat tiga kes berkaitan tarif baharu elektrik. Baki sebanyak sembilan lagi suspek sedang dalam proses pemantauan lanjut dan akan dipanggil untuk rakaman percakapan dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan hari ini.

Menurut MCMC, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

MCMC menegaskan pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dengan penyebaran maklumat palsu.

“Penyebaran maklumat-maklumat palsu ini boleh menimbulkan suasana panik dan kegelisahan kepada pengguna. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada,” kata kenyataan itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img