Ketika Bersatu menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri mewakili parti itu, Pas sekali lagi mempertegaskan bahawa calon bagi jawatan itu hanya ditentukan selepas menang pilihan raya.
Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak menamakan calon Perdana Menteri lebih awal adalah demi menjaga keselamatan individu berkenaan.
‘’ Mengapa kita tak nama daripada awal ..nak jaga keselamatan….ada bahayanya ..Kadang-kadang dia (orang) tahu dia calon Perdana menteri..dia disogoknya (rasuah) emas, letak emas dalam kereta, letak dadah dan sebagainya.
”Akibatnya (individu itu) tak boleh bertanding..disebabkan apa yang berlaku. Ini perkara yang perlu difahami oleh semua pihak,’’ katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026, di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam Perhimpunan Agung Bersatu baru-baru ini, Bersatu telah menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri, bagaimanapun yang merupakan komponen Perikatan Nasional mempunyai pendirian berbeza.
Pas konsisten sejak November tahun lalu hingga muktamar Pas baru-baru ini dengan pendirian bahawa calon Perdana Menteri hanya akan ditentukan selepas PRU-16. Ia dilihat pemerhati politik sebagai isyarat halus Pas menolak pencalonan Muhyiddin.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, dalam perbahasan beliau itu turut menegaskan, ‘’ Yang penting pada kami memilih pemimpin-pemimpin yang berintegriti. (Kami) tak (belum) menentukan orang (calon) lagi..dan tentukan dia menang pilihan raya (dulu) ..(Tak kan) tak menang pilihan raya nak jadi perdana menteri.’’
Selain itu, Presiden Pas itu juga menegaskan Perikatan Nasional (PN) akan berusaha untuk melakukan perubahan dalam kepimpinan negara sedaya upaya.
‘’Pas memperkenalkan cara pemilihan Islam. Setiap calon yang bertanding sejak (sebelum) bertanding lagi telah dinilai ilmunya, akhlaknya,perangainya. Dinilai segala-galanya…integritinya baru boleh jadi calon. (kita) ada jawatankuasa disiplin…
”(Tapi) kalau salah laku bukan salah laku terhadap parti (tetapi) salah peribadi… (masalah) moral (akan) dipecat daripada parti walaupun kita (akan) kurang kerusi. Ini usaha yang kita boleh lakukan yang kita cuba untuk buat perubahan dalam negara ini,’’ katanya.
UNDILAH |
[forminator_poll id=”4496″]


