MENTERI Pengangkutan Israel, Miri Regev hari ini mengemukakan cadangan biadab kepada Kabinet Keselamatan negara itu supaya jenazah bekas pemimpin Hamas, Yahya Sinwar Dibakar.
Dalam temu bual bersama laman web Israel Kol Barama, Regev berkata: ‘’Saya mencadangkan dalam Kabinet supaya mayat Yahya Sinwar dibakar, sama seperti orang Amerika membakar (ketua Al-Qaeda) Osama bin Laden.”
Namun begitu, bercanggah dengan dakwaan Regev,jenazah Osama bin Laden sebenarnya tidak dibakar. Selepas beliau dibunuh oleh pasukan tentera AS pada tahun 2011 di Pakistan, jenazah ‘dikebumikan; di laut.
Regev berkata, mereka tidak memberi komen terhadap cadangan saya (untuk membakar mayat Sinwar), tetapi saya percaya ada tokoh tertentu yang kita tidak seharusnya kembalikan (mayatnya).”
Beliau seterus berhujah, ‘’Kerana kita tahu bagaimana keadaan di Timur Tengah dan apa yang sedang berlaku di rantau ini, saya katakan bahawa saya tidak mahu melihat Sinwar kembali untuk dikebumikan.”
Mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan perlawanan Palestin Hamas dan Israel, Regev berkata: ”Selagi mayat-mayat terakhir askar yang diculik dan terbunuh belum tiba di Israel, fasa kedua perjanjian itu tidak akan dilaksanakan.”
Menteri itu mendakwa bahawa terdapat petunjuk mengenai lokasi kebanyakan mayat, sambil menambah, ‘’Kami mungkin tahu lebih daripada Hamas sendiri, yang secara konsisten gagal mematuhi perjanjian.”
Pada Oktober 2024, hampir setahun selepas bermulanya Operasi Protective Edge dan peperangan dahsyat Israel ke atas Semenanjung Gaza, Yahya Sinwar dibunuh oleh tembakan tentera Israel di bandar Rafah, selatan Gaza, ketika pertempuran berlaku.
Sejak itu, Israel menahan jenazahnya dan enggan menyerahkannya sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata.
Gencatan senjata antara Hamas dan Israel berkuat kuasa pada 10 Oktober, di bawah pelan yang ditaja oleh Presiden AS Donald Trump.
Perjanjian tersebut merangkumi penghentian perang, pengunduran berperingkat tentera Israel, pertukaran tahanan secara bersama, serta kemasukan segera bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.
UNDILAH |