Lelaki kantoi menyamar polis sudah ditahan, direman 4 hari

LELAKI yang tular menyamar sebagai anggota polis sebagai taktik memperoleh sogokan wang atas kesalahan berkaitan trafik ditahan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisoner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan susulan kejadian tular di hadapan sebuah restoran di Taman Ipoh Timur Baru, Bercham, Ipoh.

Katanya, suspek ditahan reman selama empat hari mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Abang Zainal Abidin berkata, siasatan mendapati suspek menahan mangsa dengan mendakwa mangsanya melakukan kesalahan ubah suai motosikal sebelum meminta wang RM300 sebagai sogokan bagi mengelak tindakan saman diambil.

“Mangsa yang curiga kemudian menghubungi rakannya selain membuat laporan polis.

“Suspek kemudian berjaya ditahan bersama beberapa barangan yang digunakan untuk tujuan penyamaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, antara barangan yang dirampas daripada suspek termasuk ves pantul cahaya bertulis ‘bike resque’, topi dan kasut berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM), dua motosikal Yamaha Y15ZR, walkie talkie serta beberapa pelekat berlogo rasmi PDRM.

Berdasarkan video tular berdurasi 1.03 minit itu, suspek dilihat yang memakai baju T tertera logo PDRM dengan tulisan JSPT iaitu akronim kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM dengan seluar seakan polis trafik.

 


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img