Mesyuarat ASEAN dilakukan secara dalam talian – Fahmi

KESEMUA mesyuarat peringkat menteri dalam rangka ASEAN akan dilaksanakan secara dalam talian, tanpa kehadiran fizikal.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Luar dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, yang menetapkan tiada mesyuarat fizikal akan diadakan sama ada di Manila atau lokasi lain buat masa ini.

“Keputusan tersebut melibatkan semua mesyuarat peringkat menteri dalam rangka kerjasama ASEAN, kecuali mesyuarat yang melibatkan ketua-ketua kerajaan,” katanya dalam sidang media mingguan di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur hari ini.

Fahmi turut memaklumkan bahawa antara mesyuarat terdekat yang akan dilaksanakan adalah Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN, yang juga akan diadakan secara dalam talian.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img