Muhyiddin kata, ahli MPT Bersatu sebulat suara setuju hentikan kemelut

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, semua  Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sebulat suara bersetuju menghentikan kemelut dalaman parti demi mengukuhkan perpaduan dan kekuatan Bersatu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Katanya,  keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas yang diadakan di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, malam tadi  melibatkan kehadiran hampir semua kepimpinan tertinggi parti.

“Kita menghadapi sedikit sebanyak masalah, tetapi hari ini semua bersepakat supaya kita mencari jalan seberapa segera yang mungkin untuk kembali bertaut sebagai satu jamaah yang cukup padu dan kuat,” katanya kepada media selepas mesyuarat tersebut.

Beliau berkata, MPT sepakat bahawa sebarang isu atau pertikaian berbangkit sebelum ini perlu segera dihentikan bagi memastikan tumpuan parti kekal kepada kebajikan rakyat serta persiapan menghadapi pilihan raya.

“Kami sedar perkara ini perlu diberhentikan. Tidak ada lagi apa-apa yang harus dibangkitkan,” tegas beliau.

Dalam mesyuarat sama, Bersatu turut meluluskan penubuhan Lembaga Rayuan yang akan berperanan menangani isu dalaman secara teratur dan berhemah.

“Kita bersetuju untuk memilih beberapa dalam kalangan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi untuk membentangkan cadangan-cadangan konkrit dan itu akan dijalankan dalam tempoh yang segera,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung Bersatu,  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun mengetuai lima anggota lembaga tersebut.

“Anggota Lembaga Rayuan adalah Datuk Seri Zulkifli Noordin, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Datuk Fahimee Ismail,” katanya.

Beliau berkata,  MPT juga memandang serius masalah dalaman parti dan bertekad untuk mencari jalan penyelesaian secara kolektif.

“MPT bertekad untuk mencari penyelesaian dengan semangat saling hormat-menghormati, persefahaman yang baik dan tegas mempertahankan Perlembagaan Parti.

“MPT juga beriltizam untuk terus menjana usaha pengukuhan dan pengembangan perjuangan parti demi masa depan Malaysia yang lebih bermaruah dan cemerlang,” ujarnya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img