Muhyiddin letak jawatan Pengerusi Perikatan Nasional mulai 1 Januari

TAN Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuatkuasa mulai 1 Januari ini.

Sumber mengesahkan kepada utusanmelayuplus.com bahawa Ahli Parlimen Pagoh itu berbuat demikian malam tadi dalam kumpulan WhatsApp ahli parlimen PN.

Beberapa ahli Parlimen turut mengesahkan keputusan bekas Perdana Menteri  itu yang memberitahu mereka, beliau akan menghantar surat rasmi dalam tempoh segera.

Dalam whatsup itu juga beliau mengucapkan terima kepada semua kepimpinan PN yang telah memberi sepenuh sokongan kepada beliau semasa memimpin gabungan itu hampir 10 tahun

Malaysiakini melaporkan Ketua Penerangan PAS Ahli Fadhli Shaari — yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas — turut mengesahkan bahawa Muhyiddin telah memaklumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai ketua gabungan itu.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu meletakkan jawatan ketika hubungan antara parti itu dan Pas tegang berikutan krisis politik di Perlis apabila lima ADUN Bersatu dan tiga ADUN Pas membuat akaun bersumpah (SD) menarik sokongan terhadap Mohd Shukri Ramli.

Bagaimanapun Mohd Shukri meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan tempat beliau digantikan oleh ADUN Kuala Perlis dari Bersatu, Abu Bakar Hamzah.

Berikutan krisis itu Pas menggugurkan keahlian ketiga-tiga ADUNnya sekaligus memungkinkan mereka juga akan kehilangan kedudukan sebagai ADUN mengikut Enakmen Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.

Kepimpinan Pas mendesak Muhyiddin melakukan tindakan yang sama ke atas lima ADUN Bersatu tersebut. Bagaimanapun dalam kenyataannya, Muhyiddin berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan mereka bagi mengetahui kedudukan sebenar.

Pada masa sama desakan semakin kuat di dalam Pas yang mahukan parti itu mewujudkan semula Muafakat Nasional (MN) dan ada pula yang minta Pas mengambil alih teraju PN.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img