SUARA AWANG SELAMAT
AWANG tidak terkejut apabila Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor hari ini menegur parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang dianggap banyak bergantung kepada jentera parti dan kewangan Pas untuk bertanding dalam pilihan raya.
Dalam ucapan penggulungannya sebagai Ketua Pengarah pilihan Raya Pas dan PN di hari terakhir Muktamar Tahunan Pas Ke-71 di Alor Setar hari ini, Sanusi berkata ada parti yang “mai (datang) bertanding syok saja” dan dibantu oleh Pas.
“Kita menghadapi rakan-rakan (dalam PN) yang bergantung kepada peralatan yang kita bayar. Di sini (Kedah), saya fikir di tempat lain sama juga.
“Satu cawangan kita minta RM120,000 untuk satu UPU (unit peti undi). Sebelum ni semua peralatan itu kita bayar, depa mai bertanding syok aja. Habis tu nak jadi ketua? Duit tak dak, jentera tak dak, (harap) kita (Pas) semua. Jangan sampai kita ungkit ke semua,” katanya.
Awang percaya Sanusi secara halus nak sindir Bersatu yang baru-baru ini gelojoh sangat namakan Muhyiddin Yassin sebagai calon PM daripada parti, walaupun pemimpin Pas sudah banyak kali cakap ‘menang pilihan raya dulu, baru cerita pasal sapa nak jadi PM’’.
Bagi Awang, pemimpin Bersatu, khususnya puak yang kelam kabut nak Muhyiddin jadi PM tu, banyak-banyak muhasabah. Tak rasa apa-apa ke bila Sanusi cakap macam tu? Kalau Awang dah rasa malu dah. Lagipun selama ini itulah pandangan orang kat Bersatu bila bergabung dengan Pas dalam PN.
Orang kata Bersatu bergantung kepada Pas,kalau Pas tak ada belum tentu Bersatu boleh menang banyak kerusi. Di peringkat akar umbi, Bersatu tak kuat, semua harap kat Pas. Jadi tak payahlah pemimpin Bersatu nak mengada-gada sangat…dok sibuk soal calon PM.
Tapi Awang nak bagi tau jugak kat Sanusi dan pemimpin Pas, Awang rasa tak semua pemimpin Bersatu bersetuju soal calon mencalon nak jadi PM ni…hanya segelintir saja ‘teruja tak tentu pasal’. Akhirnya menyusahkan parti, kan dah kena ‘sindir’ dengan Pas.
Awang tau dalam Bersatu, ada pemimpin yang terpaksa berkorban untuk uruskan parti termasuk guna duit sendiri, bila tanya pemimpin tertentu jawapannya, ‘’kita tak ada duit’…kalau macam tu buat apa Bersatu beria-ia nak jadi PM.
Jadi Awang harap sindiran Sanusi akan jadi ‘penawar’ kepada ‘penyakit kronik’ dalam Bersatu iaitu perasan lebih hebat daripada Pas. Demi kebaikan bersama..’cepat-cepatlah sembuh’.
Awang – tegur ikhlas