Lelaki maut Satria GTI terbabas langgar tiang lampu

SEORANG lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh, arah utara pagi tadi.

Menurut hantaran Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, mangsa seorang lelaki berusia 39 tahun tersepit dalam sebuah Proton GTI.

Katanya, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima kira-kira pukul 8.22 pagi.

Setibanya di lokasi pada pukul 8.33 pagi, pasukan operasi mendapati sebuah kereta jenis Proton Satria GTI telah terbabas lalu melanggar tiang lampu jalan.

Pihak bomba bertindak melakukan kerja-kerja penyelamatan dengan memasang stabilizer pada kenderaan sebelum menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkan mangsa.

Mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya sekitar pukul 10.10 pagi.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img