Muzium Louvre Paris dirompak, 8 barangan perhiasan abad ke-19 yang tidak ternilai dilarikan

PIHAK  berkuasa Perancis sedang giat menjalankan siasatan berhubung satu kejadian rompakan berprofil tinggi melibatkan koleksi perhiasan bersejarah milik Maharaja Napoleon dan Permaisuri, selepas sembilan barangan berharga dilaporkan hilang dari  muzium ternamam Muzium Louvre, Paris.

Menurut kenyataan polis, suspek dipercayai telah menggunakan sebuah jentera angkat (forklift/lift truck) untuk menceroboh masuk ke dalam bangunan muzium, melalui bahagian yang sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian.

Salah satu daripada barangan yang dicuri, iaitu mahkota milik isteri Napoleon III, telah ditemui semula berhampiran kawasan muzium.

Mereka berjaya mengakses Galeri Apollo, lokasi di mana koleksi perhiasan berkenaan dipamerkan.Sehingga kini, tiada tangkapan telah dibuat dan identiti suspek masih belum dikenal pasti.

Salah satu daripada barangan yang dicuri, iaitu mahkota  milik isteri Napoleon III yang telah rosak, ditemui semula berhampiran kawasan muzium. Penemuan ini memberi petunjuk penting kepada pihak penyiasat mengenai laluan pencuri melarikan diri atau kemungkinan berlaku kecuaian semasa rompakan.

Bagaimanapun apa yang mengejutkan, kumpulan pencuri tersebut tidak mengambil berlian terbesar dalam koleksi berkenaan — sebutir berlian seberat 140 karat, yang merupakan antara permata paling berharga dalam simpanan koleksi Maharaja.Motif di sebalik tindakan meninggalkan berlian tersebut masih dalam siasatan.

Pihak muzium masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai anggaran nilai keseluruhan barang-barang yang dicuri, namun dijangkakan jumlahnya mencecah angka yang tinggi memandangkan nilai sejarah dan komersial koleksi tersebut.

Kejadian ini merupakan kes kecurian pertama di Muzium Louvre sejak tahun 1998, apabila sebuah lukisan karya Camille Corot dicuri dan tidak pernah ditemui semula.

Insiden itu mencetuskan semula perdebatan mengenai tahap keselamatan muzium di Perancis, yang dikritik kerana kurang ketat berbanding bank dan kini semakin menjadi sasaran pencuri.

Bulan lalu, penjenayah memecah masuk Muzium Sejarah Alam Paris dan melarikan sampel emas bernilai AS$700,000 (RM3.3 juta). Pada bulan yang sama, dua pinggan dan sebuah pasu bernilai AS$7.6 juta (RM36 juta) dicuri dari muzium di bandar Limoges.

Ketua parti sayap kanan National Rally, Jordan Bardella, menyifatkan kejadian itu sebagai “penghinaan yang tidak dapat diterima terhadap negara kita.”

Sementara itu, Presiden Emmanuel Macron menegaskan bahawa “segala usaha sedang dilakukan” untuk menahan pelaku dan mendapatkan semula harta bersejarah yang dicuri.

 


 

UNDILAH

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img