Myvi putih pecut selepas kantoi nak hubungan intim dalam kereta – Polis

SEORANG penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ditahan Isnin lalu bersama teman wanita dikatakan mahu melakukan hubungan seks dalam kereta sebelum terkejut dengan kehadiran polis.

Suspek berusia 20-an dan teman wanitanya yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan jam 3 petang selepas kenderaan dipandu suspek lelaki memecut laju melarikan diri daripada pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun, berkata ketika kejadian suspek bersama mangsa berada di dalam kereta di tepi jalan.

Siasatan mendapati, suspek mengambil mangsa di sebuah sekolah di Jeli.

“Mereka kemudiannya berhenti di tepi jalan untuk melakukan hubungan seks dalam kereta dengan rela hati.

Bagaimanapun, pasangan kekasih itu terkejut dengan kehadiran polis yang ketika itu sedang melakukan rondaan,” katanya dalam kenyataan.

Suspek yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kamarulzaman berkata, suspek berkenaan sebelum ini ditahan reman empat hari mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam melaksanakan tugas dan memandu secara berbahaya.

Katanya, penahanan reman suspek tamat hari ini sebelum permohonan reman semula dibuat berhubung kes mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img