‘’Negeri lain pun buat tapi bila di Kedah, terus jadi benda ajaib di dunia’’ – Sanusi

“Sekarang proses masih di peringkat semakan dan bantahan, jadi jangan buat kesimpulan kata cukai sudah naik, itu tak betul dan dakwaan naik 245 peratus pun tak betul.’’ – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md.Noor

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md.Noor hari ini menegaskan undang-undang membenarkan semakan kadar cukai tafsiran setiap lima tahun.

Bagaimanapun di Kedah, kata beliau semakan terakhir dibuat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) pada 1993 menyebabkan jurang pendapatan pihak berkuasa tempatan semakin ketara berbanding peningkatan kos perkhidmatan.

‘’Daripada lebih 90,000 pegangan, hanya 8,000 atau 10 peratus hadir mengemukakan bantahan. Yang bising tu bukan dalam 10 peratus tu, orang luar yang tak terlibat pun…jadi tak payah sensasikan, ini proses biasa.

“Negeri lain pun buat juga tapi bila berlaku di Kedah, terus jadi benda ajaib di dunia…tak apa, kita hadap sajalah,” katanya di Baling, hari ini.

Sehubungan itu, beliau membidas tindakan sesetengah pihak yang mendakwa MBAS menetapkan kenaikan kadar cukai taksiran hingga 245 peratus.

Katanya, dakwaan itu  adalah tidak benar sama sekali kerana proses itu masih di peringkat semakan dan bantahan.

 Beliau berkata, tiada sebarang keputusan dibuat kerana laporan berhubung cadangan semakan kadar taksiran itu belum dibawa ke peringkat pihak berkuasa negeri (PBN).

“Sekarang proses masih di peringkat semakan dan bantahan, jadi jangan buat kesimpulan kata cukai sudah naik, itu tak betul dan dakwaan naik 245 peratus pun tak betul,” tegasnya.

Muhammad Sanusi berkata, apabila proses bantahan dan rumusan selesai dilakukan oleh MBAS, cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat Exco untuk dipertimbang sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Sehubungan itu beliau menyifatkan, tindakan pihak tertentu mensensasikan isu tersebut boleh mencetuskan kekeliruan sedangkan ada juga yang menerima notis penurunan taksiran, namun perkara itu tidak diuar-uarkan.

“Yang disebut 245 peratus kenaikan itu melibatkan kilang, berapa ramai sangat pemilik kilang di Alor Setar? Tiba-tiba muncul pula ‘pejuang kilang’, sepatutnya kita jadi pejuang rakyat,” katanya.


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img