Nelayan warga emas ditahan libas pemandu guna rantai besi

POLIS menahan seorang nelayan warga emas kerana dipercayai melibas seorang pemandu kereta dengan rantai besi akibat tidak puas hati selepas terbabit kemalangan di pekan Sekinchan, Sabak Bernam semalam.

Suspek lelaki berusia 75 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang di hadapan sebuah kedai di Jalan Yoke Kuan di pekan Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 24 tahun mengenai kemalangan membabitkan kereta dipandunya dan motosikal ditunggang suspek di pekan ini.

“Pengadu yang merupakan pengurus restoran mendakwa motosikal ditunggang suspek melanggar keretanya di tempat kejadian.

“Semasa pengadu keluar dari kereta, suspek tiba-tiba didakwa melibas pengadu dengan rantai besi yang dibawa di dalam bakul motosikal dan kejadian itu berjaya dirakam oleh saksi,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor BH.

Menurut Md Yusof, senjata digunakan adalah rantai besi berukuran 75 sentimeter panjang untuk mengunci motosikal.

Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah mengikut Seksyen 504, Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Suspek kini direman tiga hari sehingga 24 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img