TENTERA Israel terus melakukan keganasan tanpa batas, melanggar segala undang-undang antarabangsa yang termaktub apabila bertindak menahan sukarelawan misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) yang dalam pelayaran menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Hari ini Kementerian Luar Malaysia menegaskan, menuntut dan mendesak Israel menghormati hak mereka sebagai sukarelawan kemanusiaan dan memastikan keselamatan serta maruah mereka terpelihara pada setiap masa.
“Kementerian Luar mengesahkan bahawa sembilan warganegara Malaysia adalah antara peserta yang berada di atas kapal flotila berkenaan. Keselamatan dan kebajikan semua rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan tertinggi Kerajaan,” kata kenyataan Kementerian itu.
Sememangnya itulah juga desakan yang dibuat sebelum ini apabila hampir 500 sukarelawan termasuk 23 orang dari Malaysia yang menyertai Global Sumud Frotilla (GSF) dipintas, dikepung,
Kementeria Luar yang turut menuntut pembebasan tanpa syarat sukarelawan tersebut berkata, penahanan di perairan antarabangsa adalah tindakan pencerobohan yang merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa.
Ia termasuk undang-undang maritim antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
Persoalannya siapakah yang akan mengambil tindakan ke atas Israel yang dilindungi Amerika Syarikat (AS) itu? Kalau Israel benar-benar mematuhi undang-undang antarabangsa sudah pasti mereka tidak akan lagi menahan frotilla FFC dan TMTG.
Tteapi mereka tetap lakukannya kerana mereka tidak mahu sebarang bantuan tiba di Gaza bagi membantu rakyat Palestin kerana misi Netanyahu ialah menghapuskan bangsa Palestin.
Pada masa sama, Israel tahu tidak ada mana-mana negara yang akan mampu menghalang mereka kerana Presiden AS Donald Trump akan mempertahankan rejim Zionis tersebut.
Apatah lagi Menteri Pertahanan Israel, Bezalel Smotrich berkata, ndang-undang antarabangsa tidak terpakai kepada orang Yahudi.
‘’ Itulah perbezaan antara bangsa terpilih dengan bangsa-bangsa lain,’’ katanya yang menunjukkan betapa angkuh pemimpin negara itu.


