Nurul Izzah nafi letak jawatan, masih kekal jalankan amanah

TIMBALAN Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan dakwaan peletakan jawatannya dalam parti itu, sebaliknya menegaskan beliau masih kekal menjalankan amanah itu seperti biasa.

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Permatang Pauh itu berkata, tiada sebarang perubahan dalam struktur kepimpinan parti itu.

“Saya ingin menjelaskan bahawa dakwaan berhubung peletakan jawatan saya sebagai Timbalan Presiden Keadilan adalah tidak benar.

“Saya kekal menjalankan amanah ini selaras dengan tanggungjawab dan proses parti serta tiada sebarang perubahan dalam struktur kepimpinan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya, beliau menghargai keprihatinan semua pihak dan menggalakkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan maklumat yang tidak disahkan serta sentiasa merujuk kepada kenyataan rasmi parti bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img