‘’Oh tidak, saya tidak berminat’’ – kata Raja Muda Selangor soal jawatan Presiden FAM

RAJA  Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin tidak berkenan untuk mengisi kekosongan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan peletakan jawatan beramai-ramai ahli jawatankuasa eksekutif (exco) badan induk itu.

Bercakap pada majlis pelancaran buku ‘Gemilang: Sejarah Perjalanan Bola Sepak Selangor’, Tengku Amir Shah berkata baginda mahu menumpukan perhatian kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sahaja.

“Oh tidak, saya tidak berminat (jawatan Presiden FAM). Saya berminat dengan FAS dan banyak yang kita mahu capai buat masa ini,” kata baginda yang dipetik Bernama sebagai berkata.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis itu.

Tengku Amir Shah Selangor FC melaksanakan penstrukturan semula bagi memperkasakan organisasi dan pembangunan akar umbi daripada peringkat sekolah dan belia sehingga pasukan utama.

Baginda yang juga pengerusi Selangor FC berkata langkah itu bertujuan memastikan sistem bola sepak negeri berfungsi secara menyeluruh dan berkesan di samping memastikan setiap keputusan dibuat demi kemajuan sukan tersebut dan bukan untuk kepentingan lain.

Terdahulu, CEO Kelantan The Real Warriors FC, Irwan Rizal menamakan tiga tokoh yang layak untuk menerajui FAM.

Tiga tokoh tersebut adalah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, dan Tengku Amir Shah.

Irwan berkata, ketiga-tiga keluarga diraja itu memiliki aura unik dan pengaruh, bukan sahaja di dalam negara tetapi di peringkat antarabangsa.

Minggu lalu, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Megat D Shahriman Zaharudin sekali lagi menyatakan minat menerajui FAM.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img