Op Mabuk: Dua ditahan positif dadah di Pontian

POLIS menahan dua individu serta merampas 110.7 gram heroin dalam Op Mabuk di Kilometer 41 Jalan Pontian-Johor Bahru, di Pontian, semalam.

Operasi selama dua hari bermula semalam itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian bagi mengesan pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, selain memeriksa 132 kenderaan dan mengeluarkan 56 saman atas kesalahan seperti ubah suai ekzos serta tiada lesen memandu, dua individu turut ditahan berkaitan kes dadah.

“Dalam kes berkaitan dadah, lelaki berusia 40 tahun dan wanita berusia 45 tahun ditahan. Hasil pemeriksaan lelaki itu didapati memiliki 110.7 gram heroin.

“Hasil siasatan lanjut, saringan ujian air kencing juga mereka berdua positif dadah methamphetamine, manakala lelaki berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img