Ops Embun KPDN : 26 kes kompaun, rampasan RM5,800

SEBANYAK 26 kes kompaun dengan nilai rampasan RM5,800 direkodkan dalam pelaksanaan Ops Embun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDN WPKL), hari ini.

Operasi yang dijalankan hari ini melibatkan 55 pegawai dan anggota penguat kuasa dengan pemeriksaan tertumpu di dua lokasi utama iaitu Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Pudu.

Menurut Pengarah KPDN WPKL, Mohd Sabri Seman, pemeriksaan dijalankan bagi memastikan peniaga mematuhi harga maksimum barangan kawalan selain mematuhi peraturan lain termasuk mempamerkan tanda harga serta penggunaan alat timbang dan sukat yang ditentusahkan.

“Setakat ini, pemeriksaan melibatkan 220 peniaga di Pasar Borong Kuala Lumpur dan 280 peniaga di Pasar Pudu dengan beberapa kes dikesan membabitkan kesalahan seperti gagal mempamerkan tanda harga serta tidak menggunakan tanda harga khas bagi barangan terkawal,” menurutnya.

Tambah beliau, SHMMP Hari Raya Puasa 2026 berkuat kuasa selama 15 hari bermula 14 Mac hingga 28 Mac ini melibatkan 27 jenis barangan kawalan di seluruh negara, manakala 23 daripadanya disenaraikan bagi Kuala Lumpur.

“Seiring pelaksanaan itu, KPDN WPKL turut menjalankan Ops Pantau sejak 19 Februari lalu hingga 30 Mac depan bagi memastikan bekalan dan harga barangan kekal stabil sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan, selain orang ramai diingatkan supaya menyalurkan aduan sekiranya terdapat pelanggaran harga di pasaran,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img