Ops TBC 2026 : JPJ Melaka tahan 510 kenderaan, keluarkan 1,529 notis

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengambil tindakan ke atas 510 kenderaan dan mengeluarkan 1,529 notis atas pelbagai kesalahan sepanjang Ops Khas Tahun Baharu Cina 2026 di seluruh negeri ini sejak 13 Februari hingga kelmarin.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, operasi bertujuan memastikan pematuhan undang-undang serta keselamatan pengguna jalan raya.

Menurutnya, notis kesalahan dikeluarkan terhadap pihak syarikat, pemilik dan pemandu termasuk 1,238 Notis Saman P(22), 132 notis arah periksa mengikut Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan 105 notis larangan penggunaan kenderaan (PGI).

Beliau berkata, turut dikeluarkan adalah 19 notis penahanan kenderaan di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987, lapan notis arah timbang Seksyen 63(1) APJ 1987, empat notis arah timbang Seksyen 82 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan 23 notis lain-lain kesalahan.

“Daripada 1,238 notis saman P(22), tiada lesen memandu kompeten (CDL) atau lesen tamat tempoh mencatat angka tertinggi iaitu 270 kes, diikuti cukai jalan tamat tempoh (262 kes) dan tiada perlindungan insurans (226 kes).

“Selain itu, 232 kes kesalahan teknikal kenderaan dan 115 kes kategori sembilan kesalahan utama termasuk memandu melebihi had laju, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan telefon semasa memandu turut direkodkan,” katanya ketika dihubungi, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, kesalahan lain yang dikesan ialah lebih muatan (19 kes), tiada Lesen Kenderaan Barangan (GDL) dan Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) (12 kes), lain-lain kesalahan (100 kes) dan langgar syarat permit kenderaan perkhidmatan berkelompok (satu kes).

Siti Zarina berkata, sepanjang tempoh operasi, 9,748 kenderaan diperiksa meliputi 156 kereta, 236 motosikal, 42 lain-lain kenderaan, 36 kenderaan barangan bawah 7,500 kg, 32 kenderaan barangan lebih 7,500 kg serta lapan bas.

“Sebuah bas persiaran membawa 10 pelancong China turut disita selepas pemandu tidak mempunyai lesen CDL dan PSV di Jalan Bemban-Serkam pada 13 Februari lalu.

“JPJ mengarahkan syarikat menyediakan bas gantian bagi menunaikan perjalanan pelancong terbabit,” katanya.

Selain itu katanya, sebuah lori kontena ditahan di Lebuh SPA, Krubong, di sini, pada jam 2 pagi, 14 Februari lalu kerana beroperasi ketika larangan pergerakan kenderaan berat, sebelum dilepaskan jam 8 pagi hari sama.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img