Orang ramai diminta bersedia berdepan kenaikan harga tiket penerbangan

SYARIKAT penerbangan kini terpaksa mengenakan caj bahan api bagi menampung kos operasi, selain melaksanakan rasionalisasi penerbangan bagi memastikan kecekapan sektor tersebut.

Sehubungan itu Menteri Pengangkutan Anthony Lok mengingatkan orang untuk bersedia berdepan kenaikan harga tiket penerbangan dalam masa terdekat berikutan peningkatan mendadak kos bahan api jet secara global.

“Memang akan meningkat. Syarikat penerbangan sekarang telah kenakan surcaj bahan api sebagai tambahan kepada tiket mereka.

“Ini langkah tidak dapat dielakkan kerana kos bahan api jet sudah terlalu tinggi untuk mereka beroperasi,” katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.

Anthony menjelaskan,  langkah rasionalisasi itu mungkin melibatkan penggabungan penerbangan sekiranya faktor muatan terlalu rendah bagi sesetengah sektor.

Beliau turut memaklumkan, kerajaan tidak akan melaksanakan dasar penetapan harga siling bagi tiket penerbangan.

‘’Ini kerana ia pasaran bebas yang bergantung pada penawaran dan permintaan. Jika kita campur tangan dan kawal harga sehingga mereka tidak dapat menampung kos, syarikat mungkin batalkan penerbangan.

“Kesannya lebih negatif kepada ekonomi dan sektor pelancongan negara,” katanya.

Anthony turut mendedahkan kerajaan kini beroperasi dalam ‘mod krisis’ bagi mendepani impak ketidaktentuan global yang menyebabkan kos tenaga dunia melonjak lebih 100% dalam tempoh singkat.

Beliau memberi amaran, walaupun bekalan bahan api negara dijamin stabil sehingga Mei ini, rakyat tidak seharusnya mengambil mudah situasi semasa memandangkan negara jiran sudah mula mengalami gangguan bekalan serius.

“Kerajaan fokus pastikan bekalan bahan api kekal, namun jika peperangan berlarutan, kita tidak boleh jamin bekalan tidak terganggu pada masa akan datang.

“Kita mesti bertanggungjawab pastikan sumber tenaga tidak dibazirkan. Contohnya, kurangkan perjalanan tidak perlu, gunakan pengangkutan awam atau amalkan berkongsi kenderaan,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img