Pegawai kanan tentera direman disyaki minta, terima rasuah RM28,000

SEORANG  pegawai kanan tentera direman enam hari  bermula hari ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM28,000,sebagai dorongan untuk menyambung kontrak perkhidmatan operator gambar dan penjualan cenderamata fotografi di tempat kerjanya.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret, Sara Afiqah Zulkifli selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.

Menurut sumber, suspek telah ditahan pada jam kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati, suspek melakukan perbuatan itu sebagai dorongan untuk menyambung kontrak perkhidmatan operator gambar dan penjualan cenderamata fotografi di tempat kerjanya.

“Dia turut dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor lain yang mendapat projek di tempat kerjanya antara tahun 2024 hingga 2025 ketika bertugas sebagai pengarah.

“Suspek disyaki menerima wang rasuah antara RM500 hingga RM3,000 setiap bulan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img